Ditulis Oleh : Dr Jahid al-khalidi
Dalam pengalaman dan pengamatan kita ramai mereka yang belajar dan beramal dengan ilmu tarekat dan tasawuf
Pada peringkat permulaanya didorong oleh keinginan untuk mendapat kasyaf, karamah, atau ma’unah.
Jika mereka mendapat pimpinan Syekh yang sebenarnya setelah beramal akan sedar bahwa mengejar kasyaf dan karamah dalam amalan merupakan satu kesalahan adab yang besar.
Berpuncak dari pada keinginan kepada kasyaf, karamah, ma’unah, maka timbullah pelbagai masalah yang mengotorkan kesucian tarekat dan tasawuf.
Lahirlah mereka yang mengaku, membesar-besarkan dan membangga-banggakan bahawa mereka telah berjumpa dengan berbagai tokoh islam yang terkenal dalam kasyaf mereka seperti nabi Khidir, Nabi Muhammad, shaykh Abdul Kadir al-Jilani, wali songo dan lain-lain.
Demikian Juga lahirlah mereka yang sengaja menunjuk-nunjukan kehebatan dan pelbagai kekeramatan sehingga seolah-olah kekeramatan adalah segala -galanya.
Kasyaf dan karamah atau ma’unah memang ada tetapi bukanlah menjadi matlamat yang hendak dicapai,tidak semua perkara kasyaf dan karamah atau ma’unah dizahirkan oleh Allah kepada penerimanya.
Banyak perkara kasyaf dan karamah atau ma’unah telah dikurniakan kepada seseorang tetapi disembuyikan oleh Allah sehingga mereka yang menerima tidak terasa menerimanya “inilah yang terbaik dan terselamat”.